Wednesday, 6 May 2020

5 KELEBIHAN PENCUCI PINGGAN MARY JARDIN

5 KELEBIHAN PENCUCI PINGGAN MARY JARDIN

Izz rasmikan dahh pencuci pinggan Mary Jardin Natural Coconut Dishwash ni

Natural Coconut Dishwash
Nama je coconut tapi takdak bau kelapa tau. Wangi bau grapefruit essential oil. Masih terbau-bau dekat tangan ni haa hehe


Video tu walaupun Izz dah letak bunyi tapi masih kedengaran ketang ketung Affan main periuk dekat dapur 😂

Berbuih ke tak? Haa meh la tengok dekat gambar Izz sertakan sekali tu. Memang berbuih.

Nampak kan? Banyak buih Natural Coconut Dishwash ni

1. Surfactant dalam Natural Coconut Dishwash dimasak secara tradisional

Special sangat dishwash Country Suds ni sebab pertama Dr Maryam tak guna surfactant yang biasa pencuci pinggan jenama lain pakai

Bebas SLS dan SLES

Habis tu macam mana boleh berbuih?

Inilah salah satu keistimewaan natural coconut dishwash ni sebab surfactant (bahan pencuci yang menghasilkan buih) tu we produce our own surfactant

Surfactant dishwash ni dihasilkan (dimasak secara traditional) di kilang GMP MJ daripada minyak kelapa dan minyak kastor

Mak mak yang alami masalah tapak tangan cepat kering atau ada masalah eczema cuba try test Natural Coconut Dishwash ni.
Mana tahu lagi kerap basuh pinggan, bertambah lembut kulit tu 🥰


2. Lagi kerap cuci pinggan, bertambah lembut kulit

Haa percaya tak?

Special Natural Coconut Dishwash Country Suds ni sebab ia mengandungi sodium lactate

Sodium lactate ni adalah garam yang terhasil daripada proses penapaian (fermentation) tumbuhan

And kalau nak tahu sodium lactate ni 2 kali ganda lebih moisturising berbanding glycerin tau 😱

Dr Maryam letak sodium lactate untuk elak kulit jadi kering bila guna dishwash ni

And kalau nak tahu juga, sodium lactate ni pun biasa digunakan dalam skincare MJ. Acer kome tengok ingredients dalam Lavender Rose Face Mist Mary Jardin. Haa ada tak?

3. Mengandungi vegetable glycerin untuk moisturising effect

Biasa tak dengar konsep lagi kerap kita mencuci, lagi drying to the skin

Sebab tu sabun baby yang kita kata mild dia kurang power cleansing property tu. Sebab kulit bayi nipis dan tak ada kotoran yang teruk sangat

Tapi kalau cleansing property untuk pencuci pinggan tak power tak best la kan? Macam mana nak hilangkan minyak dekat pinggan tu?

So Dr Maryam gunakan minyak kelapa yang sifatnya membersihkan dan mempunyai cleaning value yang tinggi.

Tapi bila cleaning value sangat tinggi, ia bersifat mengeringkan kulit. Sebab itu Natural Coconut Dishwash ni diseimbangkan dengan Castor Oil dan ditambah lagi sodium lactate serta vegetable glycerin untuk moisturising effect.

Sunday, 3 May 2020

NATURAL HOME SERIES COUNTRY SUDS PRODUK BARU MARY JARDIN

Natural Home Series Country Suds Produk Baru Mary Jardin

Fuh fuh. Hampir setahun Izz tinggalkan dunia blogging ni

Bukan sebab tak berniaga Mary Jardin dah. Masih aktif berniaga cumanya di media sosial Facebook, Facebook Page dan Instagram

Sejak beranak dua memang ke laut blog ku

Oh btw sebenarnya dulu Izz ada website sendiri izzahzakaria.com

Tapi jadi terbengkalai haha. So sekarang Izz tengah rajinkan diri untuk update selalu tentang Mary Jardin terutamanya di blog ni hihi

Dalam masa setahun (tahun 2019) sebenarnya ada banyak pertambahan produk baru Mary Jardin. Yang terkini rangkaian produk natural penjagaan rumah di bawah jenama Country Suds


Fruits And Veggie Soak Country Suds
Home Disinfectant Spray Country Suds
Haa ni Izz baru tunjuk dua produk natural penjagaan rumah Country Suds. Ada lagi 6 produk baru. Yang menariknya harganya mampu milik
Natural Home Series Country Suds
Tapi kome janganlah compare dengan produk bukan natural. Of course akan terasa lebih mahal.

Later Izz share setiap detail tentang produk natural penjagaan rumah ni. Stay tuned!


Whatsapp : 0134562327
FB Page : Izzah Zakaria - Mary Jardin Teluk Intan Perak
Instagram : @izz.maryjardin

Monday, 19 February 2018

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT DENGAN HAMPAS TEH HIJAU

Masa cabaran #21DaysFBLiveChallenge Izz ada share topik best pasal teh hijau ni :) Tentang bagaimana mendapat kulit cantik dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat dengan menggunakan teh hijau.
Sebab setiap kali ada customer yang mukanya breakout atau terlalu sensitif, dalam group Basic Concept of Human Skin mesti salah sorang ejen dalam tu mintak rest muka dengan guna teh hijau. Dan amazingly rata ratanya kulit bertambah baik berbanding dulu apabila dia mengamalkan rawat muka dengan teh hijau.
Izz google dan cari info tentang teh hijau.
Teh hijau ni merupakan salah satu jenis teh yang dibuat daripada daun teh Camellia Sinensis yang dipetik dan mengalami proses pengeringan untuk mencegah oksidasi.
Disebabkan teh hijau yang sangat kaya dengan antioksidan, ia memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan badan.
Apa antioksidan ni? Antioksidan pada bahasa yang mudahnya ialah ejen yang berfungsi mengurangi kesan bahaya daripada oksidan/radikal bebas. Radikal bebas yang boleh diperolehi melalui sumber luar tubuh seperti cahaya matahari atau sekeliling, stress, serta makanan atau minuman tidak sihat yang masuk dalam badan kita.
Dan apa yang berlaku dalam badan boleh memberi kesan pada kulit juga. 
Bila terlalu banyak oksidan/radikal bebas dalam badan, ia akan menyebabkan "body stress" dan akan berlaku penuaan dengan cepat. Terzahir juga pada kulit. Kulit jadi kusam, kurang berseri.
Jadi kita memerlukan anti oksidan untuk melawan radikal bebas dan membantu melambatkan penuaan sel sel badan kita dengan dizahirkan pada kulit. Kulit dah tak kusam, nampak fresh.
Kebaikan teh hijau pada kecantikan ialah memperlambat proses penuaan, mencegah kedutan, melindungi kulit dari sinar matahari, mengatasi jerawat dan banyak lagi. Kita cuma perlu menggunakan teh hijau ni dengan 2 cara, iaitu dengan cara diminum atau dengan menggunakan hampas teh hijau.
Bagaimana teh hijau dapat merawat masalah jerawat?
Teh hijau yang merupakan anti bakteria mampu mencegah perkembangan jerawat pada muka. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat atau breakout, boleh menggunakan hampas teh hijau dan jadikannya sebagai masker muka. Sebelum tu, rendam teh hijau dalam air beberapa minit dan ambil hampas teh hijau dan letakkan pada muka selama 15-20 minit atau sehingga kering.
Buat setiap hari dan tengok hasilnya nanti.
Teh hijau pun boleh mengurangkan masalah kulit berminyak. Caranya dengan tuang air teh hijau pada cetakan ais, lalu simpan ke dalam peti. Tunggu sehingga beku. Bila dah beku, usapkan teh beku pada seluruh wajah setiap hari secara perlahan dan rata.
Kenapa kita perlu rendam dulu teh hijau ni?
Dalam hampas teh hijau ada polyphenol yang apabila direndam ia akan keluar. Dan kebaikan polyphenol ni adalah bagus untuk detox kulit, kurangkan tanda penuaan dan melembapkan lagi kulit.
Selain tu, teh hijau juga boleh mengurangkan mata panda akibat kurang tidur. Sama ada dengan meletakkan uncang teh hijau yang sudah direndam pada bawah mata atau rendam dulu uncang teh hijau dalam air suam. Kemudian ambil kapas dan celup dalam air teh hijau dan letakkan pada bawah mata.
Izz dah cuba guna teh hijau sebagai masker muka untuk mengurangkan masalah jerawat. Alhamdulillah berhasil. Untuk mata panda ni, Izz belum cuba lagi. Cuma pernah dengar feedback daripada kawan yang memang berhasil teh hijau ni untuk mengurangkan lagi mata panda.
Semoga bermanfaat :)

SKINCARE MURAH UNTUK KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK - MARY JARDIN

Masalah kulit berjerawat lagi berminyak memang buat para gadis mahupun wanita di luar sana rasa rendah diri dan tak berkeyakinan kan kan. Masa ni mulalah kita akan tercari cari skincare murah untuk kulit berjerawat dan berminyak. Tapi bukan murah saje yang perlu kita titik beratkan tau. Murah dan selamat daripada menggunakan bahan kimia berbahaya.
Dan tahukah awak yang cantik diluar sana, dengan menggunakan produk natural, organik dan semestinya halal juga termasuk dalam salah satu cara menghilangkan jerawat dan bekas jerawat dan kulit berminyak secara alami dan cepat. Dan semestinya termasuk dalam skincare murah untuk kulit berjerawat dan berminyak.
Contoh macam testimoni dibawah ni. Teruja kan tengok? Daripada masalah jerawat yang agak serius, alhamdulillah dengan menggunakan produk natural, organik dan halal Mary Jardin kulitnya bertambah cantik dan lebih sihat. 
No more masalah jerawat mahupun kulit berminyak yeayy.
Izz percaya awak yang di luar sana pun boleh atasi masalah kulit berjerawat dan berminyak dengan Mary Jardin.
Bulan lepas, Mary Jardin ada mengadakan promosi sempena jualan akhir tahun. Dan salah satu promosinya ialah Basic Set Mary Jardin. Basic Set yang menggunakan bahan premium natural, organik dan halal. Daripada harga asal RM170 tapi sempena jualan akhir tahun lepas, Basic Set Mary Jardin jatuh berharga RM100 sahaja.
Murah sangat untuk produk muka yang tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Yang menggunakan bahan premium yang natural, organik lagi halal dan sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan berminyak.
Gabungan 3 item dalam satu set ni, iaitu Facial Soap, Face Oil dan Detox Clay Mask bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan, malah mampu mengatasi masalah kulit berminyak, kusam, blackhead dan whitehead.
Dengan memakai Detox Clay Mask yang sangat powerful dengan bantuan 3 bahan aktif iaitu bentonite clay, french green clay dan activated charcoal yang mampu menyerap kotoran dan lebihan minyak pada kulit sejurus antara cara yang terbaik mengecilkan liang pori pada wajah. 
Deep pore cleansing apabila ia membantu mencuci liang pori dari dalam. Bila liang pori tak tersumbat, tak ade lah masalah kulit berminyak dan berjerawat. 
Bila dah bermasker dengan abu gunung berapi ni, tak lengkap rasanya kalau tak lembapkan muka dengan Face Oil Mary Jardin. Gabungan 9 minyak premium dalam satu botol ni menjadikan ia minyak muka yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit iAllah. Bezanya pada berapa titis yang perlu digunakan sahaja. 
Bukan sahaja mampu melembapkan wajah dengan bantuan argan oil malah mampu mengecutkan lagi jerawat dengan bantuan tea tree oil. Liang pori tak akan tersumbat kerana gabungan essential oil yang digunakan dalam satu botol face oil ni, comedogenic ratingnya rendah. 
Yang lebih menarik, dengan pemakaian detox clay mask dan juga face oil ni mampu menghilangkan blackhead dan whitehead di hidung dengan cepat.
Dah ada masker muka untuk serap kotoran pada kulit, dan ada face oil sebagai pelembap wajah, tak lengkap rasanya tanpa sabun pencuci muka susu kambing organik yang dibuat penuh kasih sayang menggunakan teknik cold process.
Uniknya sabun pencuci muka ni kerana handcrafted dan menggunakan teknik cold process untuk memastikan semuaaaa khasiat bahan premium masih ada dalam sabun.
Dan sabun yang menggunakan susu kambing sepenuhnya tanpa campuran air, madu, organic oat, bentonite clay, zinc oxide, lavender essential oil, olive oil, palm oil, coconut oil dan castor oil inilah yang menjadi pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat malah berkesan untuk merawat masalah kulit kusam.
3 item dalam Basic Set Mary Jardin ini adalah produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan menjadi pilihan ramai wanita di luar sana termasuk ibu mengandung kerana skincare ini selamat untuk ibu mengandung.
Izz dah menggunakan Mary Jardin yang merupakan natural and organic skincare product Malaysia selama 10 bulan. Alhamdulillah sangat berpuas hati dan berbangga kerana menggunakan local product buatan doktor muslimah kita.
Nak tips rawat masalah kulit berjerawat menggunakan bahan alami? Boleh refer sini
Sekian sahaja untuk entry hari ini. IAllah berjumpa lagi dengan topik yang lebih menarik lagi :) Jangan lupa untuk dapatkan skincare murah untuk kulit berjerawat dan berminyak Mary Jardin. Produk muka yang tidak menggunakan bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan anak. See ya!
Basic Set Mary Jardin

WhatsApp | Telegram | Messenger 0134562327
izzah.2288@gmail.com
Mary Jardin Rawang, Serendah, Batang Kali


Friday, 16 February 2018

TIPS PICIT JERAWAT TANPA MENINGGALKAN PARUT HITAM, WAJIB CUBA!

Bab picit jerawat ni konpem ramai yang suka hehe.

Especially bab tips picit jerawat tanpa meninggalkan parut hitam!

Tips atau teknik nak picit jerawat tanpa meninggalkan parut hitam ni Izz tahu waktu belajar facial spa dengan produk penjagaan wajah Mary Jardin bulan lepas. Menarik sangat kan sebabnya boleh je nak picit jerawat haha. Tapi kene tahu cara yang betul. Dan bukan semua jerawat laa sewenangnya kita nak picit. Jerawat jenis comedone (blackhead dan whitehead) serta pustule sahaja yang dibenarkan.

Jenis jenis jerawat
Cara yang Pn Farah, certified beautician ni ajar sebelum kita nak mula picit jerawat tanpa meninggalkan parut hitam ialah pertamanya

1. Cuci muka sebersihnya. Kalau boleh bukan setakat muka, tapi celah kuku, jari, tangan pun wajib kita pastikan ia dalam keadaan bersih.

Basuh muka sebersihnya
2. Kemudian kita steam muka kita dengan air panas. Kenapa perlu steam?

Steam muka dengan air panas
Supaya boleh longgarkan liang pori kita tu. Senang laa nak tolak jerawat nanti kan kan.

Boleh juga selepas kita steam wajah, kita buat oil cleansing method menggunakan face oil dan urut lembut muka.

Atau kalau kita rasa susah nak steam, boleh ambil tuala yang direndam dengan air suam, tekap pada muka dan ulang sebanyak 8 kali.

3. Dah selesai basuh muka dan steam, kita ambil cotton pad dan semburkan face mist atau air.

Kenapa kita perlu sembur face mist atau air? Supaya tak terasa kesat pada muka. Kita nak pastikan projek picit jerawat tanpa meninggalkan parut hitam ni smooth aje hiks. Dan kita nak bagi wajah kita terasa sejuk dan tak rasa sakit waktu kita picit jerawat tu.

Tolak lembut je jerawat dekat dagu contohnya seperti yang Izz tunjuk dekat gambar di bawah. Jangan tekan terlalu kuat.

Basahkan cotton pad dengan face mist atau air. Tolak lembut jerawat
Kalau kita tolak lembut, dan  jerawat pun dah nampak macam nak keluar, then itu menunjukkan jerawat kita tu dah betul betul masak.

Tapi kalau kita tolak tolak dan tak keluar lagi, haa wajib stop. Itu menunjukkan jerawat kita belum cukup masak lagi. Kalau kita paksa, boleh menyebabkan luka dan meninggalkan parut hitam.

Kita bayangkan nanah jerawat kita tu berjaya kita keluarkan. Basahkan lagi cotton pad dengan face mist atau air, dan tekan pada bekas jerawat tu untuk elakkan darah keluar lagi.

4. Akhir sekali, boleh ambil face oil atau tea tree oil atau ubat antiseptik dan sapu pada luka tersebut (bekas jerawat yang kita picit tu)

Done tips picit jerawat tanpa meninggalkan parut hitam hehe

#PERHATIAN jangan pegang atau kutil lagi jerawat tu. Biarkan ia alami proses baik pulih sendiri.

Actually ini step by step yang Puan Farah, certified beautician tu ajar untuk kami buat facial spa dengan produk penjagaan wajah Mary Jardin.

Lepas dah berakhir sesi picit jerawat ni, kami akan pakaikan masker muka menggunakan clay mask Mary Jardin.

Then facial spa berakhir dengan sapuan lembut collagen serum pada wajah dan urutan pada bahu bakal pelanggan.

Full Set Mary Jardin
Sekian.

Thanks for reading :) Berminat untuk dapatkan facial spa dengan produk penjagaan wajah Mary Jardin? Boleh segera roger Izz

WhatsApp | Telegram | Messenger 0134562327
izzah.2288@gmail.com
Mary Jardin Rawang, Serendah, Batang Kali