Monday, 19 February 2018

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT DENGAN HAMPAS TEH HIJAU

Masa cabaran #21DaysFBLiveChallenge Izz ada share topik best pasal teh hijau ni :) Tentang bagaimana mendapat kulit cantik dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat dengan menggunakan teh hijau.
Sebab setiap kali ada customer yang mukanya breakout atau terlalu sensitif, dalam group Basic Concept of Human Skin mesti salah sorang ejen dalam tu mintak rest muka dengan guna teh hijau. Dan amazingly rata ratanya kulit bertambah baik berbanding dulu apabila dia mengamalkan rawat muka dengan teh hijau.
Izz google dan cari info tentang teh hijau.
Teh hijau ni merupakan salah satu jenis teh yang dibuat daripada daun teh Camellia Sinensis yang dipetik dan mengalami proses pengeringan untuk mencegah oksidasi.
Disebabkan teh hijau yang sangat kaya dengan antioksidan, ia memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan badan.
Apa antioksidan ni? Antioksidan pada bahasa yang mudahnya ialah ejen yang berfungsi mengurangi kesan bahaya daripada oksidan/radikal bebas. Radikal bebas yang boleh diperolehi melalui sumber luar tubuh seperti cahaya matahari atau sekeliling, stress, serta makanan atau minuman tidak sihat yang masuk dalam badan kita.
Dan apa yang berlaku dalam badan boleh memberi kesan pada kulit juga. 
Bila terlalu banyak oksidan/radikal bebas dalam badan, ia akan menyebabkan "body stress" dan akan berlaku penuaan dengan cepat. Terzahir juga pada kulit. Kulit jadi kusam, kurang berseri.
Jadi kita memerlukan anti oksidan untuk melawan radikal bebas dan membantu melambatkan penuaan sel sel badan kita dengan dizahirkan pada kulit. Kulit dah tak kusam, nampak fresh.
Kebaikan teh hijau pada kecantikan ialah memperlambat proses penuaan, mencegah kedutan, melindungi kulit dari sinar matahari, mengatasi jerawat dan banyak lagi. Kita cuma perlu menggunakan teh hijau ni dengan 2 cara, iaitu dengan cara diminum atau dengan menggunakan hampas teh hijau.
Bagaimana teh hijau dapat merawat masalah jerawat?
Teh hijau yang merupakan anti bakteria mampu mencegah perkembangan jerawat pada muka. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat atau breakout, boleh menggunakan hampas teh hijau dan jadikannya sebagai masker muka. Sebelum tu, rendam teh hijau dalam air beberapa minit dan ambil hampas teh hijau dan letakkan pada muka selama 15-20 minit atau sehingga kering.
Buat setiap hari dan tengok hasilnya nanti.
Teh hijau pun boleh mengurangkan masalah kulit berminyak. Caranya dengan tuang air teh hijau pada cetakan ais, lalu simpan ke dalam peti. Tunggu sehingga beku. Bila dah beku, usapkan teh beku pada seluruh wajah setiap hari secara perlahan dan rata.
Kenapa kita perlu rendam dulu teh hijau ni?
Dalam hampas teh hijau ada polyphenol yang apabila direndam ia akan keluar. Dan kebaikan polyphenol ni adalah bagus untuk detox kulit, kurangkan tanda penuaan dan melembapkan lagi kulit.
Selain tu, teh hijau juga boleh mengurangkan mata panda akibat kurang tidur. Sama ada dengan meletakkan uncang teh hijau yang sudah direndam pada bawah mata atau rendam dulu uncang teh hijau dalam air suam. Kemudian ambil kapas dan celup dalam air teh hijau dan letakkan pada bawah mata.
Izz dah cuba guna teh hijau sebagai masker muka untuk mengurangkan masalah jerawat. Alhamdulillah berhasil. Untuk mata panda ni, Izz belum cuba lagi. Cuma pernah dengar feedback daripada kawan yang memang berhasil teh hijau ni untuk mengurangkan lagi mata panda.
Semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment

Thanks! for the comment 😘