Wednesday, 8 November 2017

BODY SCRUB LAVENDER ROSE COLLECTION

Morning!

Haha awal pagi dah semangat nak berblogging. Nak share input bestt pasal body scrub yang Izz dapat masa kelas online Lavender Rose Collection semalam.

Rasa bertambah tambah jatuh cinta bila tahu Dr Maryam founder Mary Jardin guna bahan yang betul betul premium untuk body scrub ni. Macam mana kami boleh tahu input details pasal produk MJ ni? Hehe penyampai Kak Tim tanya Janna, orang yang terlibat secara langsung dalam penghasilan produk Mary Jardin.

BODY SCRUB LAVENDER ROSE COLLECTION

Body Scrub Lavender Rose Collection
Bahan bahan yang ada dalam body scrub adalah :

- Gula
- Garam bukit (Himalayan pink salt)
- Jojoba oil
- Susu kambing
- Oat
- Mica powder
- Bergamot Essential oil
- Lavender essential oil
- Geranium essential oil
- Lavender buds
- Rose petals

Susu kambing yang digunakan dalam body scrub ni gred 1 and imported from Holland. Fuhh premium ingredients yang Dr Maryam guna. And memang diketahui umum susu kambing ada khasiat yang sangat banyakkkkk untuk kulit.

Susu kambing mempunyai 35% fatty acid. Alpha hydroxy acid (AHA) sebagai natural exfoliant sangat bagus dalam menanggalkan sel kulit mati dan memberi kelembapan kepada kulit. Sebab tu susu kambing banyak digunakan dalam produk untuk kulit sensitif, eczema, kulit kering dan lain lain.

Plus ada vitamins C, E dan A. Vitamin A sangat penting untuk pertumbuhan sel sel kulit baru yang sihat. Susu kambing jugak kaya dengan mineral yang berkhasiat untuk kulit, especially Selenium. Selenium yang bantu kulit kita lebih tolerant terhadap cahaya matahari. So kulit kita tak mudah untuk sunburn. Tapi jangan sengaja expose diri di bawah terik matahari tanpa perlindungan SPF hihi. Physical @ chemical sunblock still penting kalau kita terdedah bawah cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.

Dan kita campur susu kambing dengan oat ni untuk extra deep cleansing and moisturising. Dalam oat ada satu bahan yang dipanggil saponins. Bahan ni yang bantu keluarkan kotoran dari liang roma. So its deep cleansing. Saponins juga bersifat antioxcidant dan lembut pada kulit (skin soothing)

Next bahan dalam body scrub adalah GULA. Haaa gula ni kalau doktor biasa advised untuk kurangkan gula dalam makanan mahupun minuman. Tapi untuk body scrub, kita tambah banyakk gula ehehe. Kalau nak tahu, gula ni merupakan natural humectant. Dia tarik moisture dari sekeliling dan juga kekalkan moisture tu pada kulit. Jadi of course sangat bagus untuk melembapkan kulit.

Lagi satu dari segi chemical interaction, dalam gula ada glycolic acid (sejenis AHA) yang tugas dia adalah meransang pertumbuhan sel kulit yang baru dan menanggalkan sel kulit mati penyebab kulit kusam tu.

Dari segi fizikal, sifat/bentuk gula tu sendiri memang bagus sebagai scrub. Table sugar (gula putih yang biasa kita buat air) sesuai untuk badan. Tapi jangan letak kat muka pulak hihi. Sebab kulit muka kita lebih halus. If nak guna gula, guna brown sugar untuk muka.

Next Himalayan Salt.

Garam dikenali sebagai natural detoxer. Himalayan salt ni superior berbanding garam putih biasa. Malah dikatakan garam himalaya adalah garam asli di dunia. Sebab dia bukan heavily processed so kandungan mineral dia tinggi. Untuk fungsi detox, garam Himalaya bercaj negatif jadi dia tarik segala kotoran yang bercaj positif. Selain tu, ia juga bantu balancekan pH kulit (slightly acidic 5.5)

Jojoba oil (boleh baca previous post lip butter, Izz ada share) beautiful ingredients untuk healthy skin.

Dalam body scrub pun ada mica powder. Mica adalah untuk colorant yang beri warna yang cantik.

"Mica pigments are mineral colors that lend themselves beautifully to any soapmaking process. They are non-toxic"

"Mica is the name of a group of naturally occuring Earth's minerals which are mined from around the world, purified and crushed into fine powders"

*dipetik daripada dictionary ingredients skin care.

Dan untuk body scrub, kita blend 3 jenis essential oil : Lavender eo, Geranium eo, Bergamot eo atau nama popular nya limau purut ehehe.

Bergamot ni selain bersifat anti stress, ia juga bagus untuk membersihkan liang pori dan balancekan kulit yang berminyak. Juga mengembalikan tona kulit supaya lebih sekata.

Kesimpulannya fokus body scrub MJ ni adalah untuk exfoliating, deep cleansing dan moisturising :)



Thank you for reading! :)

WhatsApp | Telegram | Messenger 0134562327
izzah.2288@gmail.com
Mary Jardin Rawang, Serendah, Batang Kali

No comments:

Post a Comment

Thanks! for the comment 😘