Tuesday, 7 November 2017

LIP BUTTER LAVENDER ROSE COLLECTION

Alhamdulillah :)

Rasa padat sangat info yang Izz dapat sharing daripada Kak Tim @ Fatimah Roslan semalam. And memang dah target kali ni habis kelas je nak terus update dekat blog hihi. Nak share sebanyak mungkin pada para pembaca tentang kebaikan produk dan bahan apa yang ada dalam produk MJ. Takdelaa lepas ni tertanya tanya kann, natural ke tidak, selamat ke tidak untuk kita gunakan.

Lavender Rose Collection Online Class

And malam tadi, Kak Tim sempat cover dua produk iaitu lip butter dan juga hand & body lotion. Okeh untuk posting kali ni Izz start share pasal our lovely lip butter dulu :)

LIP BUTTER LAVENDER ROSE COLLECTION

Lip Butter Lavender Rose Collection
Lip butter ni asalnya hanya ada 4 bahan asas iaitu :

- Jojoba oil
- Sweet almond oil
- Shea butter
- Beeswax

Tapi sekarang kita dah alter kepada :

- Castor oil
- Olive oil
- Sweet almond oil
- Shea butter
- Bees wax

Dan hanya 0.00001% yellow mica powder.

Lavender Rose Collection (LRC) ni pertama kali dikeluarkan pada bulan July 2017. Dan untuk makluman, batch terbaru lip butter untuk set LRC ni dah guna formula baru yang Izz ada bagitahu bahan apa yang ditukarkan kat atas tu bermula bulan lepas (October 2017)

No more jojoba oil. Selain tu ada juga kandungan essential oil (EO) iaitu Geranium & Lavender Oil. Previous lip butter masa awal awal dikeluarkan dulu ada kandungan Peppermint Oil. Tapi sekarang cuma fokus pada EO tadi sahaja.

Essential oil ni bukan sahaja memberi bau yang wangi tapi high quality EO juga boleh beri manfaat pada kesihatan tubuh kita. Contohnya Geranium EO memang terkenal dari dulu lagi especially dalam kalangan orang Mesir untuk kulit cantik berseri. Selain tu, geranium juga good for dental health, membantu atasi masalah jerawat (acne), sakit kulit (eczema, dermatitis, etc) dan mengurangkan kedut/wrinkles.

Kalau lavender pula kelebihan dia memang sangatttt banyak. Antara EO yang versatile dan terkenal dengan sifat 'calming' menenangkan. So, kalau kulit yang sedang meradang atau breakouts, lavender ni akan tolong tenangkan. Luka luka atau chapped lips pon lavender boleh bantu untuk repair.

Fefeeling pakai lip butter yang mencair ke bibir ni memang wajib sangat kakcun teraii tau.

Dalam lip butter MJ ni ada 3 jenis carrier oil yang datang dari plant. Kenapa macam tu?
Sebab carrier oil from plant ni normally kaya dengan fatty acid yang mampu merawat kulit, melembapkan kulit dan buat bibir kelihatan mungil gitu :)

Dan resepi baru lip butter ni dah gunakan olive oil dan castor oil menggantikan jojoba oil. Jojoba oil ni walaupun sangat bagus untuk kulit tapi untuk produk bibir macam lip butter kurang sesuai.

Kenapa?

Sedia maklum sebabnya jojoba oil ni dia paling hampir menyerupai sebum (minyak natural pada wajah). Jadi dia mudah diserap dan bertindak dengan cara membalancekan pengeluaran sebum. Kandungan fatty acid dia kurang berbanding castor oil. Sebab tu dia digelar 'minyak kering'

Bukan mengeringkan tau. Tapi maksudnya dia ringan dan mudah diserap (which kita memang nak efek macam tu pada kulit). So dia cuma bagus digunakan untuk buat face oil ke atau lotion. Untuk produk bibir macam lip butter kurang sesuai as kita nak kelembapan tu boleh stay lama pada bibir kita.

Paling sesuai olive oil dan castor oil yang berdasarkan pendapat seorang pensyarah dan consultant formulasi kedua dua minyak ni jenis minyak yang super duper moisturizing.

Dalam lip butter juga kita ada letak shea butter dan juga beeswax.

Shea butter tu kandungan paling tinggi la mungkin, sebab tu namanya lip butter hihi. Terasa lembut je bila sapu kat bibir.

Beeswax pulak dah jadi bahan wajib kalau nak buat lipbalm. Sebab dia bagi perfect texture nampak solid gituu. Bersifat anti bacteria, anti oxcidant dan anti inflammatory. Dan sejenis wax yang dihasilkan oleh lebah. Dan both ingredients ni digunakan sebab ia sangatttt melembapkan.

Dan last sekali, bahan yang ada dalam lip butter ni ialah zinc oxide. Kelebihan zinc oxide ni ia bagus sebagai natural sunscreen untuk melindungi bibir kita. Walaupun SPF tak tinggi, tapi kita boleh apply banyak kali

So to be clear, bahan bahan dalam lip butter MJ

- Shea butter
- Bees wax
- Castor oil
- Sweet almond oil
- Olive oil
- Zinc oxide
- Geranium Essential Oil
- Lavender Essential Oil

Kaedah pembuatan lip butter ni melibatkan proses heating (pemanasan). Tapi suhu memang dipastikan bawah 80 degree celcius supaya khasiat bahan bahan still terjaga :)

Satu lagi info penting. Tadi Izz ada mention tentang mica powder kan?

Mica powder ni sejenis mineral yang biasanya digunakan dalam cosmetic. Tujuan dia nak bagi color yang cantik dan efek metallic. Tapi dalam lip butter ni sikit sangat content dia dalam 0.00001%. Sekadar nak bagi nampak lawa di bibir bila pakai lip butter ni.

Oke dah abess share pasal lip butter. Next post iAllah Izz share pasal hand & body lotion Lavender Rose Collection pulak.

Thanks for reading! :)

WhatsApp | Telegram | Messenger 0134562327
izzah.2288@gmail.com
Mary Jardin Rawang, Serendah, Batang Kali


No comments:

Post a Comment

Thanks! for the comment 😘